Terik mentari yang meyinar meyebabkan Ira tersedar dari lenanya. Ira menggosok-gosok matanya. Persekitarannya terasa begitu asing sekali.
‘Dekat mana aku ni? Ni bukan bilik aku. Kampung pun bukan.’ Bisik hati Ira.
Ira memerhatikan sekelilingnya. Dia kini sedang memakai baju berwarna hijau persis di hospital. Cadar yang melapik katilnya juga berwarna putih seakan di hospital. Ditangannya pula terdapat jarum bertiub yang disambungkan ke botol air yang tergantung di tepi katilnya.
‘Aku dekat hospital?’ Ira berfikir sejenak.
Ingatannya seolah-olah pudar mengenai kejadian yang telah berlaku sebelum itu. Seketika kemudian baru dia teringat akan kemalangan ngeri itu. Otaknya rasa terbejat seketika mengenangkan peristiwa itu.
Tekaknya terasa haus, Ira segera menoleh ke sebelah kirinya untuk mencapai botol air yang terletak disitu. Pada ketika inilah baru Ira terperasankan Zaim yang telah pun terlelap di atas kerusi yang memang telah disediakan oleh pihak hospital untuk memudahkan sanak saudara menunggu pesakit. Ira merenung wajah Zaim lama-lama. Terasa bagai mendapat sedikit kekuatan dengan merenung wajah itu.
‘Kesian, pasti dia kepenatan sehingga tertidur disitu.’ Ulah Ira.
Ira bersusah payah cuba menggapai gelas yang terdapat disitu. Walaupun dia boleh mengejutkan Zaim tapi dia tidak ingin menyusahkan Zaim. Malangnya, gelas dipegang terlepas ketika dia cuba menuang air kedalamnya. Bunyi berdentang yang agak kuat itu telah mengejutkan Zaim.
Terpisat-pisat Zaim membuka matanya.
“Ira… Ira dah sedar. Syukur Alhamdulillah Ira dah sedar.” Zaim mengangkat tangannya persis orang yang berdoa sebagai tanda mengucapkan syukur kepada yang Maha Esa kerana Ira telah sedar semula. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dipeluknya Ira erat-erat menunjukkan betapa gembiranya dia. Tapi mujurlah dia masih sedar yang hubungan antaranya dan Ira masih ada batas agama yang menentukan.
“Ira, Zaim macam tak percaya yang Ira dah sedar. Syukur Alhamdulillah ya Allah. Syukur sangat-sangat.” Zaim melemparkan senyuman manis buat Ira.
“Zaim ni kenapa? Macam dah lama sangat tak jumpa Ira. Ira kan ok je ni.” Ira bersuara lemah. Dia membalas senyuman Zaim dengan wajah yang tampak pucat.
“Ira.. ira tahu tak yang Ira dah pengsan selama 3 hari. Umi dan abah Ira sangat-sangat risaukan Ira. Zaim pun sama.” Ulah Zaim dengan nada terharu. “oh, kejap, Zaim nak call Umi dan Abah. Mesti diorang seronok tengok Ira dah sedar. Zaim nak panggil doktor sekali untuk periksa keadaan Ira.”
Tanpa berlengah lagi Zaim terus memanggil doktor bertugas untuk memeriksa keadaan Ira. Tidak lupa dia menghubungi umi dan juga abah Ira untuk memaklumkan berita gembira itu. Dari mulut Zaim, Ira mendapati yang dia telah pun pengsan selama 3 hari akibat kekurangan darah. Mujur juga Ira mempunyai darah jenis AB+ yang membolehkan dia menerima darah dari pelbagai golongan darah yang lain. Selama Ira pengsan itu juga Zaim kerap menemani Ira secara bergili-gilir dengan umi Ira. Tambah terharu Ira apabila mendapat tahu bahawa Zaimlah yang telah mendermakan darahnya kepada Ira apabila mendapat tahu yang mereka mempunyai kumpulan darah yang sama.
Pn. Zaitun dan En. Sulaiman iaitu umi dan abah Ira tiba sejurus sewaktu doktor sedang membuat pemeriksaan ke atas Ira. Pada ketika inilah Ira cuba untuk menggerakkan kakinya tapi terasa kaku. Dicubanya lagi, namun masih tidak berjaya. Kakinya bagaikan tidak terasa apa-apa.
“Doktor, kenapa kaki saya tak boleh gerak? Kaki saya macam tak ada rasa apa-apa pun. Kenapa Doktor?” teriak Ira panik.
“Bawa bertenang Cik Ira, biar saya periksa dulu.” Pinta Dr. Hadi tenang.
“Kaki saya doktor, kaki saya tak boleh gerak. Kenapa dengan kaki saya doktor. Kenapa?” Jeritan Ira semakin meninggi. Lagaknya seperti orang histeria sahaja.
Doktor Hadi cuba menenangkan Ira tapi gagal. Ira mula meronta apabila Doktor Hadi menyentuh bahagian kakinya. Jururawat yang bertugas mula memegang bahu Ira untuk menenangkan dia bagi memudahkan Doktor Hadi menjalankan pemeriksaan. Namun rontaan Ira menjadi semakin kuat. Zaim dan En Sulaiman serta Pn. Zaitun juga cuba menenangkan Ira tapi gagal.
“Kaki saya tak ada rasa apa-apa doktor. Kenapa doktor, kenapa? Kenapa kaki saya tak boleh gerak?” tengking Ira pada Doktor Hadi. Ira cuba bergelut untuk melepaskan dirinya dari pegangan Zaim dan En. Sulaiman.
Doktor Hadi membisikan sesuatu pada jururawat yang bertugas. Jururawat itu segera beredar dari katil Ira. Dia kembali tidak lama kemudian dengan jarum suntikan ditanganya. Sejenis cecair disuntik ke dalam salur air yang bersambung ke tangan Ira.
Tidak lama selepas itu rontaan Ira semakin lama semakin lemah, akhirnya Ira kembali terlena di atas katil. Dr. Hadi sebenarnya telah mengarahkan jururawat untuk menyuntik ubat tidur ke dalam saluran air Ira supaya Ira dapat bertenang. Zaim terduduk lemah di sisi katil. Wajahnya jelas kelihatan sugul. Kenapakah semua ini harus berlaku kepada Ira.
“Kenapa dengan anak saya doktor? Kenapa kakinya tak boleh bergerak?” Tanya En. Sulaiman sejurus selepas Ira terlelap. Ada nada gusar dan bimbang di situ.
“En. Sulaiman, Pn. Zaitun, saya harap encik dan puan dapat bertenang. Buat masa sekarang saya tak dapat nak buat apa-apa kesimpulan dulu. Cuma apa yang saya boleh beritahu, dalam kes Ira ni, terdapat dua kemungkinan yang memungkinkan kaki Ira tidak boleh bergerak. Sama ada saraf di kakinya mengalami kecederaan ataupun terdapat gumpalan darah beku yang menghimpit saraf utamanya menyebabkan dia tidak dapat berjalan. Walau macam mana pun, saya akan membuat pemeriksaan lanjut ke atasnya terlebih dahulu untuk kepastian” jelas Dr. Hadi.
“Anak saya dah jadi lumpuh ke doktor? Selamanya ke Ira akan macam ni doktor?” soal Pn. Zaitun pula.
“Sebelum buat sebarang pemeriksaan, saya tak dapat nak pastikan apa-apa lagi. Saya akan lakukan pemeriksaan secepat mungkin. Berdoalah kepada Allah, minta dijauhkan segala bencana. Saya hanya merawat setakat yang mampu. Allah jualah yang menentukan segalanya. Saya minta diri dulu.” Dr. Hadi pun berlalu pergi dari situ meninggalkan 3 hati yang sedang kegalauan.