Semalaman Ira tidak lena tidur memikirkan mengenai panggilan yang diterimanya semalam. Sebenarnya bukanlah panggilan yang tidak berjawab itu yang dihiraukannnya sangat. Tetapi si pemanggil itulah yang mengganggu lenanya.

‘Azam? Sudah pulang ke Malaysia ke dia? Dah lama tak telefon, pasai pe lak tiba-tiba je dia telefon aku?’ gusar hati Ira.

Azam merupakan teman sepermainan Ira dari kecil. Membesar bersama-sama dan hidup berjiran di dalam satu kampong, apatah lagi ibu mereka berdua berkawan rapat membuatkan hubungan persahabatan di antara mereka berdua akrab sekali. Azam yang dua tahun lebih tua dari Ira selalu berlagak sebagai pelindung kepada Ira. Pantang ada yang membuli Ira, pasti akan menerima penangan penumbuk Azam. Ira pula memang manja dengan Azam sementelah Ira merupakan anak sulung, jadi Azamlah tempat Ira menumpang kasih seorang abang. Keakraban ini tidak hanya terjalin di rumah tapi juga terbawa-bawa ke sekolah.

Namun, setelah Ira menginjak remaja, layanan Azam terhadap Ira sedikit berubah. Azam kelihatan lebih prihatin dan begitu mengawasi pergerakan Ira. Azam juga cukup cemburu sekiranya-kiranya ada rakan-rakan lelaki di sekolah yang cuba merapati Ira. Kelakuan Azam yang agak mengongkong Ira menimbulkan tanda Tanya di hati Ira. Tetapi didiamkan sahaja kerana menganggapkan yang Azam berbuat begitu hanya kerana kasih sayang seorang abang terhadap adiknya dan kerana tidak ingin sekiranya berlaku sesuatu yang buruk pada Ira.

Jawapan kepada perubahan sikap Azam itu hanya diketahui Ira semasa dia berada di tingkatan 3. Masa itu Ira baru sahaja habis peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Azam pula di tingkatan 5 dan bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Masih jelas di ingatan Ira peristiwa di malam itu, di mana Azam telah mecurahkan isi hatinya kepada Ira.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Azam meminta Ira menemuinya di hadapan rumah Ira, di pangkin yang sering menjadi tempat mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Ketika Ira keluar dari rumahnya, kelihatan Azam telah sedia menunggunya disitu. Tanpa banyak berkata Azam lantas menyerahkan sebuah kotak hadiah kepada Ira.

“Apa ni bang?” soal Ira. “Nak kata birthday Ira, lambat lagi, nak kata pasal lulus periksa pun, keputusan pun tak keluar lagi.”

“Ira, bukalah”, lambat-lambat Azam menuturkan kata.

Ira mendapati seutas rantai tangan di dalam kotak itu. Pada rantai tangan itu terukir ‘Azam ♥ Ira’.

“A.. a.. a.. apa ni bang? Maksud abang? Ira tak paham” nyata Ira agak terkejut dengan pemberian Azam itu. Selama ini dia tidak pernah terfikir yang hubungannya dengan Azam akan pergi sejauh itu. Pada Ira Azam umpama seorang abang, sayangnya Ira pada Azam tak ubah seperti sayangnya dia pada adik beradiknya yang lain.

“Ira,” Azam menarik nafas cuba untuk mendapatkan kekuatan. Dia cuba mencari ayat yang sesuai untuk menjelaskan perasaannya kepada Ira. Bait-bait perkataan yang telah dikarangnya sebelum itu bagaikan hilang begitu sahaja setelah dia berhadapan dengan Ira.

“Abang sebenarnya dah jatuh hati pada Ira. Abang tak tahu sejak bila, tapi makin lama abang rasakan perasaan ini makin mendalam terhadap Ira. Abang cuba nafikan perasaan ini dengan menganggap Ira sebagai adik, tapi tak boleh. Abang harap, abang amat amat berharap, yang Ira juga merasakan perasaan yang sama, sudi tak Ira terima cinta abang?” pinta Azam penuh pengharapan.

“Tapi, tapi, Ira.. Ira anggap abang betul-betul macam abang kandung Ira sendiri. Lagipun Ira tak bersedia lagi nak bercinta. Ira kan masih belajar lagi, Ira nak tumpukan perhatian pada pelajaran dulu,” terang Ira lemah.

“Ira, takkanlah tak ada sekelumit pun perasaan pada abang? Tak bolehkah Ira berikan ruang di hati Ira tu untuk abang?”

“Abang, memang Ira sayangkan abang, tapi sayang seorang adik pada abangnya, tak lebih dari itu. Buat masa sekarang, Ira tak ingin piker lagi soal hati dan perasaan ini, kalau boleh Ira nak tumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Ira harap abang faham. Masih terlalu awal buat Ira untuk bicara soal cinta. Abang sendiri pun masih belajar lagi. Lebih baik abang tumpukan perhatian pada peperiksaan abang.” luah Ira mengharapkan pengertian dari Azam.

“Abang tak perlukan jawapan sekarang, apa kata Ira fikir dahulu, abang sudi tunggu jawapan dari Ira sehingga Ira bersedia. Bercinta tidak semestinya kita tak boleh tumpukan perhatian pada pelajaran. Ira fikirlah dulu baik-baik.” Azam masih tidak mahu mengalah.

“Abang, Ira masih dengan keputusan Ira. Ira nak tumpukan perhatian pada pelajaran dahulu. Ira tak nak fikir soal cinta lagi sekarang atau sekurang-kurangnya sehingga Ira habis SPM. Abang tolonglah faham. Mustahil bagi Ira untuk menukar perasaan sayang terhadap abang menjadi cinta.” Ira sedar dia telah melukakan hati Azam, namun dia tidak mampu untuk menipu perasaan sendiri hanya kerana kasihankan Azam. Hatinya terasa sedih kerana telah melukakan perasaan insane yang telah banyak berjasa padanya.

“Ira, Ira tak boleh terima hadiah ni”. Rantai tangan itu dihulurkan kembali kepada Azam.

Azam memandang rantai tangan itu sepi. Hatinya terasa pedih, jiwanya terasa kosong. Begitu peritnya perasaan apabila cinta tidak terbalas. Dia lantas berpaling dan bergerak menjauhi Ira. Kecewa, geram, malu dan sedih semuanya bercampur menjadi satu. Cintanya ditolak mentah-mentah. Tiada lagi kata-kata yang dapat diucapkannya. Dia ingin segera beredar dari situ.

“Abang” panggil Ira.

Azam berpaling sejenak. “Ira simpanlah rantai tangan tu, buat kenangan”.

“Abang… abang masih abang Ira kan? Kita masih boleh berkawan macam dulu kan?” soal Ira sayu. Dia tidak ingin kehilangan Azam, tapi dia tidak mampu untuk menyambut huluran cinta Azam.

Azam diam tidak berkata-kata, langkah kakinya diteruskan, meninggalkan Ira terpaku sendirian.

Selepas peristiwa malam itu, hubungan Ira dengan Azam menjadi renggang. Tidak seperti selalunya, Azam langsung tidak mempedulikan Ira. Alasannya dia sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Walaupun Ira bertandang ke rumahnya, layanan Azam terhadap Ira tetap dingin. Apabila Azam melanjutkan pelajaran ke Australia, mereka bagaikan terpisah begitu sahaja. Semua perkembangan mengenai Azam hanya Ira ketahui dari Ibu Azam. Malah nombor telefon Azam jua diperolehi dari ibunya. Nombor itulah yang digunakan Azam untuk berhubung dengan kedua ibu bapanya. Berita terakhir yang Ira tahu ialah Azam telah berkahwin dengan rakyat tempatan disana pada tahun kedua pengajiannya. Setelah ayah Azam bersara dan berpindah semula ke negeri asal mereka, langsung tiada khabar berita yang diperolehi Ira. Walaupun terasa sedih dengan apa yang berlaku, namun Ira perlu terima hakikat bahawa hubungan dia dengan Azam telah berakhir.

Dan sehingga ke hari ini, rantai tangan itu masih berada di dalam simpanan Ira.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ira tersentap dari lamunannya apa bila mendengar ketukan di mejanya. Apabila Ira mengangkat mukanya, kelihatan bosnya, Haji Suhaimi telah berdiri di sebelah mejanya. Terperanjat Ira, terasa darahnya berderau naik ke kepala. ‘Aduh, macam mana boleh tak perasan ni’ keluh hati Ira.

“Hello Cik Nur Shahira. Awak dah mengelamun sampai ke mana ni? Sampaikan saya yang hensem kat tepi ni pun awak tak perasaan?” tegur Haji Suhaimi.

Haji Suhaimi orangnya baru berusia awal 40an. Sikapnya yang peramah dan kuat bergurau membuatkan stafnya tidak merasa segan dan senang bekerja dengan Haji Suhaimi.

“Alahai bos, sorilah. Saya tengah berangan dating dengan Fahrin Ahmadlah bos, tu yang tak perasan bos kat tepi tu.” Sengih Ira cuba untuk menutup malu.

“Tak habis-habis awak ni dengan Fahrin Ahmad. Saya kan ada. Seribu kali saya lebih hensem dari si Fahrin tu. Apa kata awak dating dengan saya aje, tak payah nak berangan-angan dah,” usik Haji Suhaimi lagi.

“Tapi bos, Fahrin Ahmad tetap pujaan hati saya. Lagipun, kalau saya dating dengan bos, apa kata Kak Salmah nanti, isteri bos tu.” Balas Ira dengan nada mengusik juga.

“Alah, Kak Salmah tu sporting, bila-bila aje dia boleh pinangkan awak untuk saya,” balas Haji Suhaimi di iringi ketawa.

Ira turut ketawa. Haji Suhaimi memang begitu, tapi kata-katanya tidak pernah serius, sekadar mengusik sahaja . Semua staf tahu yang Haji Suhaimi begitu sayangkan isterinya.

“Ha, gelak gelak juga. Ni ada kerja saya nak suruh awak buat. Ada pelanggan nak tempah pamphlet dengan banner untuk restoran dia. Saya nak awak uruskan pelanggan ni. Pukul 11 nanti dia datang berbincang dengan awak. Ni maklumat pasal restoran dia, awak belek-beleklah dulu”, arah Haji Suhaimi.

“Ok bos.”

“Jangan ok ok je. Karang jangan dia sampai awak dok berangan je lagi”, ujar Haji Suhaimi sambil berlalu pergi.

Ira sekadar tersengih-sengih malu di mejanya. ‘Kantoi’.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tepat pukul 11.00 pagi, telefon di atas meja Ira berbunyi.

“Hello”
“Cik Shahira, ada pelanggan nak berjumpa. Dari Restoran Sanggar Selera. Katanya dia ada appointment dengan Cik Shahira”, ujar Kartini, receptionist di ofis itu.
“Oh, ok. Suruh dia tunggu saya di bilik perbincangan no.1”
“Baik Cik Shahira.”

Sebaik meletakkan telefon, Ira terus bergegas ke bilik perbincangan. Nama pelanggan di teliti sekilas. Adalah perlu bagi Ira untuk mengenal pasti nama pelanggan bagi memastikan perbincangan berjalan lancar.

‘En. Hamid? Macam pernah dengar aje nama ni’ olah Ira di dalam hati. Ketika Ira menghampiri bilik perbincangan yang berdindingkan kaca itu, Ira dapat melihat En. Hamid, ayah kepada Zaim telah sedia menunggu dia di situ. ‘Alahai, pokcik gatai ni ke?’.

“Selamat pagi En Hamid.” Ira menegur ramah. Walau bagaimana pun pelanggan perlu dilayan sebaik mungkin. Haji Suhaimi selalu menegaskan kepada mereka untuk melayan pelanggan dengan baik, kerana pelangganlah yang menjadi sumber pendapatan mereka.

“Eh, Ira kerja kat sini ke? Baguslah macam tu, senang kita nak diskus”, mulut En. Hamid lirih menguntum senyuman.

Ira membalas senyuman En. Hamid dengan bersahaja. Ira menarik kerusi di hadapan En. Hamid dan terus duduk.

“Saya difahamkan yang En. Hamid perlukan rekaan untuk pamphlet dan juga banner bagi perniagaan restoran En. Hamid. Saya dah siapkan beberapa contoh yang sesuai , jadi, mungkin En. Hamid boleh pilih beberapa rekaan yang disukai atau mungkin En. Hamid boleh beritahu saya bagaimanakah rekaan yang En. Hamid inginkan.” Hal peribadi perlu ditolak ke tepi. Ira cuba bertindak professional dalam melakukan kerjanya.

“Ish, tak payahlah berencik encik dengan abang. Kita bukan tak kenal. Lagipun panggil abang kan lebih mesra.”

‘Abang?? Eeee.’ Ira hanya tersenyum sebelum membalas. “Oklah Uncle, ini dia rekaan-rekaannya yang dah saya sediakan berdasarkan maklumat yang di beri. Uncle boleh tengok-tengok dulu, kalau ada apa-apa yang hendak ditambah atau diubah.” Sengaja Ira memanggil En Hamid dengan panggilan Uncle.

Ira menghulurkan contoh rekaan yang telah disediakannya kepada En. Hamid. Kesempatan itu digunakan oleh En. Hamid untuk memegang dan mengusap tangan Ira. Cepat-cepat Ira menarik tangannya. En. Hamid masih lagi menguntum senyuman, yang pada pandangan Ira senyuman itu kelihatan cukup mengerikan.

‘Dia mula dah nak menggatal. Aku cucuk juga tangan tu karang.’ Ira terpaksa bersabar memandangkan En. Hamid adalah pelanggan syarikatnya sekarang.

Setelah meneliti seketika rekaan-rekaan Ira itu, En. Hamid lantas memilih satu corak yang dirasakannya bersesuaian.

“Abang rasa, abang pilih yang ini. Tapi abang nak ubah suai sikit kat bahagian ni."

“Ubahsuai yang macam mana tu?” soal Ira.

En. Hamid mengambil kesempatan itu untuk duduk di kerusi yang bersebelahan dengan Ira dengan alasan untuk menunjukkan bahagian yang perlu diubahsuai. Berderau darah Ira apabila menyedari En. Hamid telah pun duduk disebelahnya. Peristiwa malam itu terbayang kembali di mindanya. Meremang rasa bulu romanya. Mujurlah di saat itu Haji Suhaimi masuk ke dalam bilik perbincangan itu menyelamatkan keadaan.

“Assalamualaikum En. Hamid. Macam mana? Semuanya ok ke?” sapa Haji Suhaimi ramah.

“Walaikumsalam Haji. Beres. Semuanya ok. Pekerja Haji ni memang bagus orangnya. Saya puas hati dengan kerja dia” balas En. Hamid dengan senyuman kelat. ‘Kacau daun betullah’.

Ira pula mempamerkan riak wajah kelegaan.

“So, macam mana? En. Hamid dah buat pilihan ke?” soal Haji Suhaimi lagi.

“Ah ye. Saya pilih yang ini. Betul-betul menepati citarasa saya. You boleh teruskan dengan rekaan yang ini.”

“Tadi En. Hamid kata nak ubahsuai, jadi bahagian mana yang perlu saya ubahsuai?” Ira menyoal. Kalau boleh dia ingin segerakan segala urusan dengan En. Hamid.

“Eh, takde, takde. Saya dah cukup puas hati. Tak perlu ubahsuai apa-apa. So Ira, proceed aje dengan yang ini, macam yang dah dibincangkan”

“Ok, kalau macam tu saya akan bawa rekaan ni ke bahagian cetakan. Bila dah siap nanti, kami akan hantarkan pada En. Hamid” jelas Ira. ‘Mengada-ada. Kejap nak ubah, kejap tak nak.'

“Kalau semua dah selesai apa kata kita pergi minum dulu En. Hamid?” pelawa Haji Suhaimi.

“Elok juga tu, jom. Ira tak ikut sekali?” En. Hamid masih cuba memancing.

“Er, tak mengapalah. En. Hamid dengan Bos sajalah pergi. Saya ada banyak lagi kerja nak disiapkan. Saya beransur dulu ke meja saya.”

“Ok Ira. Jomlah En. Hamid, kita minum dekat coffe house di bawah ni”

“Ok jom”.

En. Hamid dan Haji Suhaimi bergandingan keluar dari bilik perbincangan dan terus menuju ke pintu keluar. Ira pula meneruskan langkah ke mejanya. Baru sahaja dia melabuhkan punggung dikerusinya, kedengaran bunyi deringan dari telefon bimbitnya. Sekilas nombor pemanggil di skrin ditenungnya, tapi Ira tidak dapat mengagak siapakah pemanggilnya kerana yang terpapar hanyalah ‘Nombor Peribadi’.

“Hello,” sapa Ira.

“Assalamualaikum. Ira ke tu?” sapa suara di hujung talian. Suara yang cukup Ira kenali. Walau sudah bertahun dia tidak mendengar suara itu tapi Ira pasti dan yakin suara itu adalah milik Azam.

“Waalaikumsalam. Siapa tu?” Sengaja Ira bertanya inginkan kepastian.

“Ira dah tak kenal abang ke? Ini abang Azam la.” Balas Azam kembali.

“Oh, Abang Azam. Lama abang menghilang, tak dengar khabar berita. Hampir tak cam suara abang. Bila abang balik sini?”

“Baru 2 minggu abang balik sini. Ira apa khabar?”

“Sihat alhamdulillah. Mana abang dapat nombor telefon Ira?”

“Oh, Umi yang beri. Abang pergi melawat diorang tempohari dengan Ibu. Ira, boleh tak kita jumpa?” pinta Azam.

‘Ha? Nak jumpa? Azam ada dekat Johor ke?’ Ira tertanya-tanya. “Nak jumpa? Tapi Ira bukan di Penang sekarang”

“Abang tahu, Umi ada cakap yang Ira kerja kat Johor sekarang. Abang pun ada di Johor sekarang. Boleh lah ye Ira. Dah lama kita tak jumpa.” Rayu Azam.

‘Er.. nak jumpa ke tak ni? Tapi apa salahnya kalau jumpa. Abang Azam kan macam abang aku sendiri, lagipun takkan dia nak buat apa-apa dekat aku. Dia kan dah kahwin’ Ira agak ragu-ragu untuk bersetuju dengan permintaan Azam, tapi mengenangkan yang dia dan Azam telah lama berkawan sebelum peristiwa itu, maka dia bersetuju juga untuk bertemu dengan Azam. “Oklah abang, bila tu? Kat mana?”

“Malam ni lepas maghrib boleh? Abang ambil Ira dekat rumah”

“Ha? Ambil Ira kat rumah?”

“Haah. Umi ada bagi alamat rumah Ira. Tak jadi masalah kan?”

‘Ish Umi ni, apa lagilah agaknya pasal aku yang Umi dah beritahu kat Abang Azam.’

“Oklah, malam ni pukul 8.30 lah. Kalau tak nanti kalut sangat Ira nak bersiap” balas Ira.

“Ok. Kita jumpa malam ni. Assalamualaikum”, Azam menamatkan panggilan.

“Waalaikumsalam”.



Zaim memberhentikan keretanya di simpang masuk ke rumah sewa Ira. Sebuah keluhan berat terlepas dari mulut Zaim. Ira memandang ke arah Zaim kehairanan.

“Zaim, kenapa berhenti di sini?” soal Ira.

“Ira. Zaim minta maaf atas apa yang terjadi tadi. Zaim dah jangkakan penerimaan mama terhadap Ira. Itu sebabnya Zaim berat hati nak bawa Ira jumpa mama. Sebenarnya mama nak jodohkan Zaim dengan anak Auntie Maisara. Dari dulu lagi, dari Zaim kecil lagi mama dan Auntie Maisara dah beriya-iya nak berbesan. Zaim je yang tak mahu. Zaim dah anggap anak Auntie Maisara tu macam adik Zaim sendiri. Dari kecil kami membesar bersama-sama, main bersama macam adik beradik, Alisha sendiri pun dah anggap Zaim macam abang dia sendiri. Cuma mama je yang tak boleh terima. Mama tetap mahukan Zaim peristerikan Alisha. Itu sebabnya tadi mama layan Ira acuh tak acuh aja. Maafkan Zaim, Ira, sebab tak berterus terang dengan Ira dari awal lagi”. Satu keluhan berat terluah dari mulut Zaim.

“Erm” hanya itu yang terluah dari mulut Ira. Lidahnya terasa kelu selepas mendengar penjelasan dari Zaim. Rupa-rupanya itulah punca kenapa Zaim sering menangguhkan permintaan Ira untuk bertemu dengan Mama Zaim, Puan Normah. Timbul rasa bersalah di hati Ira kerana telah menuduh Zaim tidak bersungguh-sungguh dengan hubungan mereka.

“Zaim juga nak minta maaf atas apa yang telah papa lakukan. Memang Zaim tahu yang papa pantang nampak perempuan cantik, mesti nak dikacaunya. Tapi tak sangka pula teman wanita Zaim sendiri hendak diganggunya. Gatal punya orang tua, tak guna betul. Tua tak sedar diri. Ada hati nak mengorat Ira. “ luah Zaim penuh kegeraman. Sehingga kini apabila teringat kembali perbuatan papanya itu terhadap Ira membuatkan hatinya semakin geram. Kalau tidak kerana En. Hamid itu papanya, suami kepada mamanya, sudah pasti penumbuknya melayang ke wajah En. Hamid.

“Zaim, sudahlah tu. Walaupun Ira tak suka diperlakukan sebegitu, tapi tak baik Zaim marah-marah papa Zaim macam tu. Kalau takde papa Zaim, Zaim pun takde tau. Apa yang dah berlaku tak dapat diubah, mungkin ini ujian Allah buat Ira” tegur Ira dengan harapan Zaim dapat bertenang.

“Papa tu sebenarnya bukan ayah kandung Zaim, dia cuma ayah tiri Zaim. Zaim dah cuba sayang dia macam sayang ayah sendiri, tapi entahlah.” Perlahan suara Zaim menuturkannya.

Berita ini merupakan suatu kejutan buat Ira. Sebelum ini Zaim langsung tidak pernah bercerita mengenai keluarganya kepada Ira.

“Mama dan abah bercerai semasa Zaim berumur setahun lebih. Perkahwinan mama dan abah sebenarnya dirancang oleh atuk dan tokwan. Abah hanya menurut sahaja sebab abah memang bukan anak yang suka membantah. Berlainan pula dengan Mama. Mama menolak cadangan atuk sekeras-kerasnya. Tapi mama tak mampu nak ubah keputusan atuk, akhirnya mama mengalah dan berkahwin dengan abah sebab mama tak mahu jadi anak derhaka. “ Zaim menghembuskan nafas seolah-olah melepaskan lelah.

“Dua tahun selepas berkahwin, mama hamilkan Zaim. Menurut cakap atuk, abahlah orang yang gembira bila dapat tahu yang mama dah mengandung. Walaupun layanan mama terhadap abah dingin, abah tetap bersabar dengan sikap mama. Atuk pula berharap selepas mama lahirkan Zaim, mama dapat terima abah sepenuh hati. Alhamdulillah, sepanjang masa mama mengandungkan Zaim, mama mula lembut hati terhadap abah. Abah rasa bersyukur sangat-sangat sebab mama dah boleh menerima abah sehinggakan abah buat kenduri di masjid untuk orang-orang susah. Masa tu mungkin mama dah terima hakikat yang dia isteri abah. Tapi, kegembiraan tu tak lama, setahun lepas Zaim dilahirkan, mama bertemu kembali dengan papa. Rupa-rupanya mama dan papa dah lama kenal sebelum mama berkahwin dengan abah lagi. Papa kekasih mama di sekolah. Kerana papalah, mama membantah cadangan atuk. Pertemuan semula mereka secara tak sengaja diikuti dengan pertemuan seterusnya dan membuahkan kembali cinta mereka. Abah pula langsung tak tahu yang mama sering bertemu dengan papa di belakangnya."

Zaim meraut wajahnya, sehingga hari ini, hatinya terasa pedih setiap kali mengenangkan kisah yang berlaku di antara papa dan mamanya. Ira mengusap lembut bahu Zaim. Dia membiarkan sahaja Zaim meluahkan kesedihan yang terbuku di hatinya selama ini.

"Bila abah dapat tahu tentang hal ni, mama dan abah bergaduh. Esoknya, mama lari tinggalkan kami macam tu je. Mama cuma tinggalkan nota atas meja. Dalam nota tu, mama beritahu dia pulang ke rumah atuk dan minta abah ceraikan dia. Masa tu abah betul-betul kecewa dengan mama, sebab rasa marah dengan mama, abah pun jatuhkan talak 3 pada mama. Atuk dengan tokwan yang jadi saksi. Lepas habis iddah, mama terus kahwin dengan papa. Atuk yang kecewa dengan sikap mama mula pulaukan mama. Mama tak kisah terbuang dari keluarga sendiri asalkan dia dapat bersama papa. Abah pula menghilangkan diri selepas tu. Zaim ditinggalkan bersama atuk. Mama pula terlalu leka dengan hidup barunya sehingga mengabaikan Zaim. Mujurlah ada atuk dan tokwan yang sama-sama membesarkan Zaim. Kali terakhir Zaim jumpa abah, masa tokwan meninggal dunia, 20 tahun yang lepas. Selepas tu abah terus senyap tanpa khabar berita. Abah cuma kirim duit sahaja tiap-tiap bulan pada atuk sebagai sara hidup untuk Zaim. Kata atuk, abah terlalu kecewa dan malu dengan keruntuhan rumah tangganya sehingga abah nekad menghilangkan diri. Semasa Zaim dalam tingkatan 4, atuk pula pergi menyahut panggilan ilahi, masa tu barulah Zaim tinggal dengan mama."

“Zaim sebenarnya tak suka nak ceritakan mengenai keluarga Zaim ni kepada sesiapa sebab Zaim rasa macam menghebahkan aib keluarga Zaim kepada orang. Itu sebab Zaim tak pernah ceritakan pada sesiapa pasal diri Zaim.”

Seusai menghabiskan cerita mengenai kisah hidupnya kepada Ira, ada tangisan yang mengalir di pipi Zaim. Langsung Ira tidak menyangka yang ada kisah sedih di sebalik wajah ceria Zaim dan tingkah laku Zaim yang sentiasa riang. Berbanding dengan dirinya, dia cukup beruntung dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna.

Zaim meraih tangan Ira ke dalam genggamannya.

“Sekarang Ira dah tahu pasal kisah hidup Zaim. Masihkah Ira mahu bersama Zaim?”

Ira merenung tepat ke anak mata Zaim dan mengenggam kembali tangan Zaim.

“Zaim, kisah sedih Zaim tu sedikit pun tak mengubah kasih Ira pada Zaim. Malah Ira kagum dengan ketabahan Zaim. Sepanjang Ira mengenali Zaim, tak pernah sekali pun Zaim pamerkan kesedihan di hadapan Ira. Zaim sentiasa riang dan ceria. Inilah pertama kali Ira lihat Zaim bersedih. Percayalah Zaim, kasih dan cinta Ira sentiasa pada Zaim. Cuma..” ayat Ira terhenti di situ. Ada kegusaran terlakar di wajahnya.

“Cuma Ira risaukan penerimaan Mama kan? Risau kalau-kalau Mama menghalang cinta kita?” soal Zaim kembali.

Ira hanya mengangguk.

“Apa kata kalau kita kahwin lari?” tokok Zaim lagi. Ada segaris senyuman nakal terukir di wajahnya.

“Isk Zaim ni. Kahwin tanpa restu keluarga ni tak baik tau. Kalau boleh Ira nak restu dari dua-dua belah pihak. Tak ada lagi tau dalam sejarah keluarga Ira kahwin lari. Tak naklah Ira. Malu Umi dengan Abah nanti” seraya itu satu cubitan singgah di lengan Zaim.

Zaim ketawa terbahak-bahak. Seronok sungguh dia mengusik Ira.

“Zaim gurau ajelah. Zaim ni tak lupa lagi tau, yang kita ni orang Islam, orang melayu” balas Zaim dengan tawa yang masih bersisa.
“Suka macam tau, main-main aje tau” Ira menarik muncung panjang.

Zaim yang melihat telatah Ira lantas mengeluarkan sesuatu dari laci dashboard keretanya. Zaim lantas menghulurkan kotak baldu berwarna biru itu kepada Ira.

“Apa ni?” soal Ira
“Bukalah”

Ira membuka kotak itu dengan penuh rasa ingin tahu. Apabila kotak kecil itu dibuka, kelihatan sebentuk anak kunci di dalamnya.

“Kunci apa ni Zaim?”
“Kunci jamban. Nanti senang Ira nak melabur, Ira seorang je yang boleh masuk jamban tu” balas Zaim selamba.
"Zaimmmm" muncung Ira semakin memanjang. Lantas Zaim ketawa bergegar melihatkan tingkah Ira.

"Cuba Ira perhatikan kunci tu betul-betul" arah Zaim.

Mendengar kata-kata Zaim itu, Ira lantas mendekatkan kotak kecil itu ke cahaya lampu supaya dia dapat melihat dengan lebih jelas lagi kunci yang berada di dalam kotak itu. Bila diamat-amatinya dia mendapati kunci itu diperbuat dari emas putih dan dihiasi dengan biku-biku emas dan permata putih. Sungguh cantik sekali corak kunci tersebut. Ira kemudiannya mengeluarkan kunci tersebut dari kotal baldu itu dan dia mendapati ada seutas rantai padanya. Kunci itu rupa-rupanya adalah sebentuk loket berantaikan emas putih. Ira memandang ke arah Zaim kehairanan.

Zaim mencapai kunci dan rantai itu dari tangan Ira dan terus mengalungkannya ke leher Ira.

“Sebenarnya Zaim tunggu masa yang sesuai untuk berikan hadiah ni pada Ira. Tapi selepas apa yang berlaku malam ni, Zaim rasa, inilah masanya yang sesuai untuk Zaim berikannya kepada Ira. Kunci ni, simbolik kasih Zaim pada Ira. Ia umpama kunci kepada pintu hati Zaim, dan sekarang, Zaim serahkan kunci ni pada Ira. Jadi hanya Ira seoranglah yang dapat masuk ke dalamnya, tiada yang lain lagi. Jagalah kunci ni baik-baik seumpama Ira menjaga hati Ira sendiri.” Jelas Zaim.

Ira merasa sungguh terharu dengan kata-kata Zaim itu.

“Percayalah, Ira akan menjaga kunci ini sepenuh hati Ira, seumpama Ira menjaga nyawa Ira sendiri. Dan tentang mama Zaim, Ira akan cuba sedaya upaya Ira untuk mengambil hati mama.”

Zaim tersenyum. “Thanks Ira.”

“Err.. Zaim, Ira rasa baik hantar Ira pulang sekarang. Lagipun dah lewat malam ni. Tak manis kita berdua lama-lama dalam kereta dekat sini. Nanti apa pula orang kata.”

“Ah.. oh ok. Sorry tuan puteri.”

Segaris senyuman terukir di bibir Ira. Walau sendu bertamu dihati, namun sinar bahagia tetap menanti.

~~~~~~~~

Ira melangkah masuk ke dalam rumahnya perlahan-lahan kerana tidak mahu Ekin menyedari kepulangnya. Jika tidak nanti pasal merah telinganya menahan serangan bebelan Ekin. Ketika Ira membuka pintu biliknya, dia disergah oleh Ekin.

“Hah, hang pi mana ni sampai lewat malam baru nak balik? Aku ingat kot hang tak mau balik dah, nak tidur kat rumah Zaim. Apa nak jadi hang ni Ira, hang tu anak dara, Zaim tu anak teruna, tak bek dok keluaq malam-malam baru nak balik. Hang tahu tak, di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrim tu, ditengah-tengahnya ada syaitan?” sergah Ekin.

“Cop. Minta maaf ustazah. Cek tau cek salah ustazah. Cek janji tak buat lagi” celah Ira sebelum sempat ekin meneruskan khutbahnya.

“Tula hang. Asal aku tegur sket, asal aku nasihat sket, hang panggil aku ustazah.”

“Ala Ekin, Ira bukan sengaja nak balik lambat, tapi kereta si Zaim pecah kat atas jalan tadi, on the way nak balik tadi. Tu yang lambat tu. Kesian Zaim, berpeluh-peluh nak ganti tayar kereta. Pastu kan Ekin, tayar spare dia pulak lempeng, kena le pulak pam. Pasal tu le yang Ira lambat ni. Sorila Ekin” rayu Ira.

“Oh.. macam tu ka. Dah tu, hang tak reti-reti nak telefon bagitahu Ekin? Tak tau kita ni risau ka apa ka?” bebel Ekin lagi.

“Ok, Ira minta maaf. Kalut sangat tadi sampai terlupa nak call Ekin. Ira janji tak buat lagi, ok?” ujar Ira sambil mengangkat tangannya seperti pengakap berikrar.

“Yela, yela. Dah la tu, pergilah mandi. Bau busuk ja. Solat, lepas tu tidur”

“Ok mama.. hehe. Selamat malam”. Ira terus berlalu masuk ke biliknya.

‘Fuh, selamat. Sesekali bohong sunat. Kalau tak mahu sampai ke esok Ekin dok bebel kat aku tak habis’ kata hati Ira.

Selesai mandi dan solat, Ira pun berbaring di atas katil dan mencapai telefon bimbitnya. Ada panggilan yang masuk tapi tidak berjawab. Pasti panggilan itu dibuat ketika Ira sedang mandi. Ira lantas membelek-belek nombor yang tertera di skrin telefonnya.

“Azam??”




Sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta, Ira terpempan di hadapan rumah semi-d dua tingkat milik keluarga Zaim. Kakinya terasa menggeletar. Gemuruh tetiba menyerang. Ira mula rasa gugup kerana sebentar lagi dia akan bertemu dengan ibu Zaim secara tiba tanpa dia dapat membuat sebarang persediaan terlebih dahulu. Terasa serba tidak kena sahaja dibuatnya.

“Ish, dah sampai ke. Alamak, rupa aku ok ke tak ni, dah le pakai jeans aje, Zaim ni pun tiba-tiba je terus heret aku ke sini.” Gundah hati Ira.

Zaim telah pun melangkah menuju ke arah pintu masuk ketika dia tersedar yang Ira tidak disampingnya. Dia lantas menoleh dan terlihat Ira masih lagi kaku di sisi keretanya.

“Ira, kenapa tercegat kat situ lagi? Marilah sini.” panggil Zaim.
“Er.. ok. Kejap.” Balas Ira gugup.

Ira menarik nafas sedalam-dalamnya seakan-akan cuba mendapatkan kekuatan dari angin malam yang berhembus. Perlahan-lahan Ira melangkah ke arah Zaim. Hatinya resah tidak terkira memikirkan bagaimanakah penerimaan kedua orang tua Zaim terhadap dirinya. Zaim yang terlihat keruh di wajah Ira meraih tangan Ira kedalam genggamannya seolah cuba untuk menyalurkan kekuatan kepada Ira.

“Tadi beria sangat nak jumpa mama, tapi sekarang dah gelabah pula. Ish tak paham le aku orang perempuan ni” bisik hati Zaim.

“Assalamualaikum. Mama, Zaim dah sampai” ujar Zaim sambil membuka pintu rumahnya.
“Waalaikumsalam, ajaklah kawan tu masuk dulu. Sebentar lagi mama turun” terdengar sahutan dari tingkat dua rumah.

Zaim pun mempelawa Ira masuk. Ira di bawa ke ruang tamu sementara menunggu mamanya turun. Ira terasa semakin gerun apabila telah melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia kagum dengan hiasan dalaman rumah itu. Walaupun simple tetapi tampak menarik dan elegan. Buat seketika dia merasakan ketenangan berada di dalam rumah itu.

“Ha, mana kawan Zaim tu?” sapa Mama Zaim.
“Mama, kenalkan, ini Ira, teman wanita Zaim.” Beritahu Zaim sambil tersenyum bangga
“Er.. teman wanita? Mama ingatkan Zaim nak bawa balik rakan lelaki tadi” ada nada dingin disitu apabila Zaim memperkenalkan Ira sebagai teman wanitanya.
“Apa khabar makcik” tegur Ira ramah”
“Baik je” acuh tidak acuh sahaja mama Zaim membalasnya.

Ira menghulurkan tangannya ke arah Mama Zaim, tetapi disambut bersahaja oleh Mama Zaim. Ketika Ira membongkokkan badan untuk mencium tangannya, lekas-lekas sahaja Puan Normah, mama Zaim, menarik kembali tangannya. Baik Ira mahupun Zaim telah terperasankan kedinginan Puan Normah terhadap Ira. Terlintas suatu perasaan tidak enak di hati Ira. Namun dicekalkan juga hatinya untuk terus berhadapan dengan mama Zaim. Suasana sunyi buat seketika.

“Er.. papa mana mama?” celah Zaim membunuh kesunyian.
“Papa ke kedai sebentar. Sekejap lagi baliklah tu” balas Puan Normah. Matanya tidak lepas-lepas merenung tajam ke arah Ira membuatkan Ira berasa tidak selesa.

Sebentar kemudian kedengaran suara memberi salam.

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. Ha, tu pun papa dah balik” ujar Zaim
“Kita ada tetamu ke?” ulah papa Zaim, En Hamid ketika terpandangkan Ira di ruang tamu.
“Kawan si Zaim” terang Puan Normah.
“Papa, ini Ira. Teman wanita Zaim” sengaja Zaim menekankan perkataan teman wanita itu kerana ingin menegaskan kepada Puan Normah bahawa inilah pilihan hatinya.

“Apa khabar pakcik” tegur Ira sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia mengharapkan tindakbalas positif dari papa Zaim tidak seperti ketika dia bersalaman dengan mama Zaim Dan nasibnya baik kali ini apabila papa Zaim menyambut huluran tangan Ira dengan baik.

“Dah lama Ira kenal Zaim?” tegur En. Hamid ramah. Dalam hatinya ‘manis juga budak ni’.
“Lama juga, dah dekat 4 tahun”
“Hai, dah 4 tahun kenal baru sekarang Zaim nak temukan dengan mama? Kenapa tak tunggu lagi 4 tahun aje?” sindir Puan Normah.

Terkedu Ira mendengar sindiran itu. Manakala muka Zaim pula sudah merah padam mendengar kenyataan mamanya itu.

“Ish awak ni. Biasalah budak-budak bercinta” tegur En. Hamid.
“Ira asal dari mana? Masih belajar atau dah kerja?” soal En. Hamid lagi.
“Ira asal dari Pulau Pinang pakcik. Baru je habis belajar, tapi sekarang ni kerja di sini.” Keramahan En. Hamid sedikit sebanyak membuatkan Ira berasa selesa. Zaim pula lebih banyak mendiamkan diri.

“Marilah kita makan dulu. Makanan dah dihidang tu.” Pelawa Puan Normah. ‘Lagi cepat budak tu balik lagi bagus. Zaim ni pun satu hal, kenapalah dibawanya budak tu ke mari’ ujar Puan Normah di dalam hati.

“Eloklah tu, papa pun dah lapar ni. Jom Ira, Zaim.”

Di meja makan, Puan Normah masih seperti tadi, melayan Ira bagaikan hendak tak hendak sahaja. Hanya En. Hamid sahaja yang ramah melayan Ira dan Zaim. Sesekali kedengaran gelak ketawa apabila En. Hamid membuat jenaka. Melihatkan suaminya begitu mesra melayan Ira membuatkan Puan Normah semakin dingin melayan Ira. Keruh jelas kelihatan di wajahnya.

Tiba-tiba Ira terasa seperti ada sesuatu merayap-rayap di kakinya. Hendak dikatakan kucing, tidak pula terasa seperti kucing. ‘Jangan-jangan cicak tak? Eii.’ Bisik hati Ira. Dia memang tidak sukakan cicak. Dia akan merasa geli walaupun hanya dengan memandang cicak. Ira lantas mengintai sedikit ke bawah meja. Terperanjat Ira dibuatnya apabila mendapati sebatang kaki sedang mengusap-usap kakinya. Apa yang pasti kaki itu bukanlah milik Zaim, apatah lagi Puan Normah. Apabila Ira mengangkat mukanya, kelihatan En Hamid sedang mengukir senyuman nakal ke arahnya. Puan Normah dan Zaim pula sedang tekun menjamu selera pada ketika ini. Tersentak Ira dibuatnya sehinggakan sudu yang dipegangnya terlepas dan jatuh ke lantai. Berdenting bunyinya apabila sudu itu mencecah lantai marmar kediaman keluarga Zaim.

“Hai, pegang sudu pun tak kuat? Ni baru sekali jumpa, lain kali entah apalah yang jatuh. Mujur sudu tu besi, kalau tak habislah pecah barang dalam rumah ni” sungguh pedas sekali sindiran Puan Normah.

Berubah air muka Ira. Patah seleranya untuk terus menjamu selera dengan apa yang berlaku. Zaim yang disebelahnya turut terasa hati dengan kata-kata Puan Normah itu. Tapi apakan dayanya, takkan pula dia hendak berbalah dengan mamanya sendiri. Sebelum sempat Ira menunduk, Zaim terlebih dahulu menundukkan badannya dan memungut sudu yang jatuh itu. Kelam kabut En. Hamid menarik kakinya jauh dari kaki Ira. Tetapi perbuatannya itu dapat juga dilihat oleh Zaim. Lalu Zaim sudah dapat mengagak apakah yang membuatkan Ira tersentak sehingga sudu itu terjatuh. Geram hati Zaim dibuatnya. Sudahlah layanan mama terhadap Ira begitu dingin sekali, papa pula cuba menggatal dengan Ira.

Zaim menatap wajah Ira dengan rasa kesal menggunung di hati. Inilah yang dikhuatirinya apabila Ira menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan orang tuanya. Ira membalas tatapan Zaim dengan pandangan sayu mengharapkan Zaim mengerti apa yang terjadi.

Usai makan malam, tanpa perlu Ira bersuara, Zaim terus meminta diri untuk menghantar Ira pulang. Lega rasa hati Ira. Letih rasanya berhadapan dengan situasi sebegitu.



3 tahun telah berlalu semenjak perkenalan mereka. Baik Zaim mahupun Ira, kedua-duanya telah pun menamatkan pengajian mereka. Zaim yang memang berasal dari Johor telah pun bekerja sebagai seorang jurutera. Manakala Ira yang baru menamatkan pengajian memilih untuk terus menetap dan bekerja di Johor menimba pengalaman di tempat orang.

Hubungan di antara Zaim dan Ira masih berkekalan dan semakin erat. Apatah lagi Zaim sendiri telah bertemu dengan kedua orang tua Ira. Alhamdulillah hubungan kedua mereka mendapat restu dari keluarga Ira. Hanya satu sahaja yang menggusarkan hati Ira, setiap kali Ira menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan orang tua Zaim, pasti ada sahaja alasan Zaim untuk mengelak. Zaim seolah-olah keberatan untuk menemukan Ira dengan kedua orang tuanya. Namun begitu, Zaim cukup komited terhadap hubungan mereka.

Kadang-kadang Ira merasakan yang Zaim tidak serius terhadap perhubungan mereka apabila sering menolak permintaa Ira untuk bertemu dengan keluarga Zaim. Namun begitu, sikap Zaim yang begitu mengambil berat mengenai Ira dan keluarga Ira pula menunjukkan kesungguhan Zaim terhadap perhubungan mereka.

Petang itu Ira dan Zaim telah berjanji untuk menonton wayang bersama-sama. Mereka bertemu di City Square pada waktu yang telah dijanjikan. Pada hujung minggu begini, City Square penuh sesak bukan sahaja dengan rakyat tempatan tapi juga rakyat dari Singapore. Malahan panggung wayang juga telah dibanjiri oleh orang ramai. Zaim pula terlupa untuk menempah tiket terlebih dahulu, akibatnya tiket untuk cerita yang ingin mereka tonton telah kehabisan.

"Macam mana ni Zaim, nak tengok Harry Potter tiket dah habis. Zaim la, Ira suruh tempah awal-awal tak nak"

Zaim hanya tersengih-sengih sahaja menyedari kesalahannya. Bukan dia tidak mahu menempah tiket terlebih dahulu, tapi dia terlupa, apatah lagi terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan.

"Ira masih nak tengok wayang ke? Kalau kita tengok cerita lain boleh tak? Harry Potter yang tinggal pukul 10 malam, Ira pulak yang lambat balik nanti. Kalau tak pun kita jalan-jalan saja sudahlah" ulas Zaim.
"Ala, nak jalan-jalan pun tak best sebab ramai sangat orang. Ira dah lama tak tengok wayang, tapi kalau pukul 10 malam tu tak nak la. Bising Ekin karang balik lambat sangat. Boleh la tengok citer lain, Zaim beli la tiket untuk apa-apa cerita yang menarik"
"Ok, Ira tunggu sini, Zaim pergi tengok tiket ye"
"Ok"

Seketika kemudian Zaim kembali dengan dua keping tiket di tangan. Zaim tersenyum bangga kerana berjaya mendapatkan tiket wayang buat Ira. Ditayang-tayangkannya tiket yang berada di tangannya, bagaikan anak kecil yang girang mendapat permainan baru.

"Cerita apa Zaim?" soal Ira.
"Tajuk cerita Zaim tak pasti, tapi hero dia Rajinikanth. Best wo lakonan dia. Cerita yang dia berlakon selalunya meletup-letup le kat pawagam" ulas Zaim sambil tangannya mengayakan aksi ala-ala hero tamil itu.
"Rajinikanth" melopong Ira mendengar nama yang disebut Zaim.
"Ala, hero tamil yang pemes tu"
"Zaimmmmm.... takkan kita nak tengok cerita tamil??"
"Kenapa pulak tak boleh?? Citer ni pun ok apa, ulasan dekat internet cakap citer ni best. Lagipun kan Ira yg cakap tadi, nak tengok wayang, citer apa-apa pun tak kesah"
"Yela, memang la Ira nak tengok wayang. Tapi takkan la cerita tamil pulak. Ira tak paham la bahasa tamil" Ira menjuihkan bibirnya. Dalam hatinya "apa la, punya banyak cerita, cerita tamil yang dipilihnya".
"Lah, kan ke ada subtitle, baca je la, macam Ira selalu tengok citer cina ngn citer korea tu" ujar Zaim tanpa memahami kemelut di hati Ira yang tidak pernah menonton cerita tamil.

Hendak tak hendak, Ira terpaksa juga mengikut Zaim menonton cerita tamil itu. Hatinya terasa geram dengan telatah Zaim yang tidak ambil peduli tentang ketidaselesaannya untuk menonton cerita itu. Dengan hati yang sebal Ira turutkan sahaja kehendak Zaim yang begitu teruja untuk menonton filem lakonan Rajnikanth itu. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam panggung, Ira menjadi bertambah kesal apabila mendapati hanya mereka berdua sahaja yang berbangsa melayu menonton cerita tersebut.

10 minit kemudian, wayang pun bermula. Ira mula berasa kebosanan di awal cerita. Walaupun sarikata disediakan tapi mindanya tidak mampu untuk mencerna jalan cerita filem tersebut. Berlainan pula dengan Zaim yang kelihatan selesa menonton disebelahnya. Dia kelihatan begitu teruja menonton filem tamil itu, seolah-olah begitu menghayati jalan cerita dan karakter filem hero pujaan hatinya itu. Telatah Zaim itu membuatkan Ira merasa hairan, lalu dia pun mula cuba untuk menghayati cerita tersebut.

"Seronok juga sesekali tengok cerita tamil ni" ujar Ira di dalam hati.

Lama-kelamaan Ira mula tertarik untuk menonton filem itu, dia terus khusyuk menonton sehinggalah ke satu adegan dimana hero diserang oleh penjahat dan berlakulah pergaduhan di antara hero dan penjahat, Ira sendiri telah terikut-ikut gaya dan lagak Rajnikant bertumbuk. Apabila Rajnikant menang di dalam pergaduhan itu, Ira lantas berdiri dan bersorak, "Horeeeeee, cayalah ... hero mana boleh kalah... peewittt".

"Dey, diamlah.. worang sume wayang juga mau tengok"
"Mau tengok wayang kalu dudk diam2lah anee.. apa bising2 ini macam"
"Dey, kasi duduklah.. itu cerita tada nampaklah"

Zaim yang tadinya terpinga-pinga dengan gelagat Ira sebentar tadi pantas menarik tangan Ira untuk duduk. Serasa ingin sahaja dia ketawa sepuas-puas hati mengenangkan telatah Ira itu, namun terpaksa ditahannya kerana tidak ingin membangkitkan kemarahan para penonton lain sekali lagi. Ira yang telah duduk bagaikan cacing yang kepanasan di dalam panggung itu. Mujurlah panggung itu gelap, jika tidak pastilah dia akan berasa lebih malu lagi kerana wajahnya dapat dilihat dengan jelas oleh penonton-penonton lain. Ira menepuk-nepuk kepalanya sendiri, "Ira, ira.. awatla hang ni suka sangat dok malukan diri sendiri ni".

Setelah wayang tamat, Ira sengaja menahan Zaim agar duduk terlebih dahulu dan keluar hanya setelah semua penonton lain beredar pergi.

<~~~~~~~~~~~~~~~~>

Suasana di dalam kereta senyap dan sunyi sahaja. Hanya kedengaran celoteh DJ dari stesen radio Hot.fm. Ira masih lagi cuba untuk melupakan kejadian yang berlaku di dalam panggung tadi. Zaim yang sedang memandu pula sesekali menjeling ke arah Ira. Tiba-tiba meletus tawa yang kuat dari Zaim. Nampaknya Zaim juga masih tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku itu.

"Zaim ni kenapa? Tak pasal-pasal ketawa?" soal Ira geram. 'Ni tak de lain dok gelakkan aku le ni'.
"Takde, Zaim gelak sebab ada orang tu, mula-mula tu beriya-iya dia tak nak tengok cerita tamil. Sekali bila dah tengok, dia pula yang lebih-lebih naik syeh sampai siap buat wayang lagi dalam panggung tadi. Hahahahaha" meledak lagi tawa Zaim.

Satu cubitan singgah di lengan Zaim.

"Aduh, apa ni Ira? Main cubit-cubit pula ni"
"Ketawalah lagi, ketawalah puas-puas. Semua salah Zaim."
"Eh, Zaim pula yang salah, siapa yang over excited sangat masa menonton tadi, hehehe"
"Dah tu, Zaim yang bawa Ira tengok cerita tamil. Zaim la yang salah" marah Ira. Dia lantas memalingkan mukanya menghala ke tingkap.
"Ele, le le, merajuk pulak dia. Sapa merajuk nanti kena lelong tau" usik Zaim lagi.
"Huh"

Zaim hanya tersenyum gelihati. Dia tahu, rajuk Ira tidak akan berpanjangan. Sebentar lagi sejuklah hatinya itu. Memang tidak dinafikan yang Ira agak cuai dan kalutnya orangnya, namun sikap itulah yang membuatkan Zaim tertawan kepada Ira.

"Zaim" panggil Ira.
"Ye" sahut Zaim. 'Dah sejuklah hati dia tu.. hehehe'
"Bila Zaim nak kenalkan Ira dengan parents Zaim?"
"Erm, nantilah." 'Kenapalah soalan ni pula yang ditanyanya?'
"Nanti tu bila?" soal Ira kembali.
"Nantilah, bila sampai masa yang sesuai"
"Masa yang sesuai? Zaim, kita kan dah lama kenal. Kalau bukan sekarang, habis tu bila lagi?"
"Ira, sabarlah. Sampai masanya nanti Zaim sendiri akan bawa Ira jumpa mama dengan ayah, tapi bukan sekarang" ujar Zaim memujuk.
"Asyik asyik nanti. Nanti, nanti, nanti. Dari dulu sampai sekarang asyik itu je yang Ira dengar. Zaim sendiri pun dah jumpa dengan parents Ira kan? Jadi salah ke kalau Ira nak jumpa dengan parents Zaim pula? Kita pun dah lama kenal. Actually Zaim ni serius ke tak dengan hubungan kita ni?" bidas Ira. Dia geram dengan sikap Zaim yang asyik beralasan apabila diminta berjumpa dengan ibubapa Zaim.
"Iraaaa. Kenapa cakap macam tu. Of coursela Zaim serius dengan hubungan ni. I really love you Ira and I am damn serious with our relationshop. It just, it is not the right time yet for you to meet my parent" luah Zaim bernada kesal dengan tuduhan Ira itu.

"Ira dah bosan dengar alasan Zaim. Entah bila la masa yang sesuai tu nak sampai" bidas Ira kembali.
"Kenapa dengan Ira ni? Takkan tunggu pun tak boleh? By the way, kenapa yang Ira beriya-iya sangat nak jumpa dengan parents Zaim? Kalau tak jumpa bukannya kita tak boleh berkawan." Zaim mula naik angin. Dia merasakan yang Ira terlalu mendesaknya.
"Sebab Ira bukan sekadar nak kita berkawan sahaja, kalau boleh Ira nak kita kekal bersama selama-lamanya, Ira nak kita kahwin, jadi kena le kenal-kenal dulu dengan parents Zaim, dapatkan restu mereka, baru kita boleh kahwin.. ops" Ira baru tersedar yang dia telah terlepas cakap.

Senyuman terukir di bibir Zaim. Dia dapat mendengar dengan jelas setiap patah perkataan yang Ira ucapkan. Dia yakin dan pasti yang Ira benar-benar cintakannya. Itulah juga hasrat hatinya, mahukan perhubungan mereka ini bersatu di jinjang pelamin. Zaim mencapai telefon bimbitnya dan terus mendail nombor seseorang. Ira tertanya-tanya sendiri apa yang ingin Zaim lakukan. Talian bersambut, dengan menggunakan kit bebas tangan Zaim memulakan perbualan.

"Assalamualaikum mama. Mama kat mana sekarang?".
"Waalaikumsalam. Mama di rumah la sekarang. Kenapa sayang?"
"Zaim nak ajak kawan makan malam di rumah la malam ni mama. Mama tunggu di rumah ye."
"Kawan? Lelaki ke perempuan? Tak pernah-pernah Zaim bawa balik kawan."
"Ada la mama, nanti mama kenal le dengan kawan Zaim tu"
"Oklah, nanti mama suruh Mak Jah masak"
"Ok, thanks mama. Bye"
"Bye"

Terlopong Ira apabila mengetahui yang Zaim sebenarnya berbual dengan ibunya sebentar tadi. Lebih memeranjatkan apabila Zaim hendak terus mempertemukan dia dengan ibu Zaim sedangkan dia langsung tidak bersedia untuk terus bertemu dengan ibu Zaim. Sangkanya apabila hal ini dibangkitkan, Zaim akan menetapkan masa dalam waktu yang terdekat ini dari asyik berlengah. Tapi lain pula yang jadinya.

"Kita balik rumah Zaim dulu, jumpa mama Zaim, lepas makan baru Zaim hantar Ira balik ye" ujar Zaim.
"Zaim, takkan malam ni juga nak jumpa mama Zaim."
"Yela, kenapa? Bukan ke Ira yang beriya-iya nak jumpa dengan mama tadi"
Memangla, tapi tiba-tiba je ajak malam. Ira dah la pakai blaus dengan jeans aje, macam tak sopan la nak jumpa mama Zaim. Hari pun dah malam ni." adu Ira.
"Kenapa pula tak sopan? Ok je baju Ira tu. Bukan baju yang nak jumpa mama, tapi Ira.". 'Tadi beriya-iya nak jumpa, dah orang nak bawak tak nak pulak, alahai perempuan. Susahnya nak faham.'
"Erm.. oklah". 'Nanti kalau aku menolak lagi, langsung tak nak bawa pula aku jumpa mak dia'.

Akhirnya Ira mengalah. Hatinya berdebar-debar kerana akan bertemu dengan ibu Zaim. Dia berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar.

<~~~~~~~~~~~~~>
ADA SAMBUNGAN LAGI...



Suasana pada hujung minggu itu amat meriah sekali di kolej kediaman pelajar, Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Setiap tahun, KTHO pasti akan mengadakan Temasya Merbauan atau lebih dikenali sebagai 'TEMAN'. Gerai-gerai jualan seperti gerai makanan, pakaian, barangan hiasan, keperluan harian dan lain-lain lagi memenuhi perkarangan utama KTHO yang menjadi tapak temasya.

Untuk memeriahkan lagi temasya itu, pada siang hari diadakan pelbagai permainan dan pertandingan serta sukaneka. Turut diadakan ialah ceramah-ceramah motivasi dan agama untuk pengisian rohani para siswa dan siswi. Di sebelah malamnya pula diadakan pelbagai persembahan dari akustika, lakonan, nasyid, gamelan sehinggalah ke persembahan kebudayaan.

Zaim tergesa-gesa hendak ke dewan kerana dia telah terlambat untuk menjalani latihan tarian zapin sebelum persembahan diadakan pada malam itu. Seperti tahun sebelumnya, pada tahun ini juga Zaim tidak ketinggalan untuk turut mengadakan persembahan. Malah Zaim dan rakan-rakan tariannya sudah sering diundang untuk membuat persembahan zapin bukan sahaja di KTHO tetapi di kebanyakkan kolej kediaman pelajar yang lain termasuk pihak universiti sendiri setiap kali adanya keraian.

Ira sedang leka membelek-belek sehelai baju di salah sebuah gerai di situ. Dia keliru hendak memilih, kesemuanya kelihatan menawan dan menarik hatinya. Kalau diikutkan rasa hati, mahu sahaja dia membeli kesemua pakaian disitu, hanya poketnya sahaja yang menghalang dia dari berbuat demikian.

"Ira..," laung Ekin dari arah bertentangan.
"Iye.."
"Kita makan dulu la. Tunggu hang dok belek baju punya lama buat Ekin lapar aja."
"Erm.. ok". "Makan dulu pun ok jugak, mana tahu lepas makan boleh buat pilihan," fikir Ira dalam hati.
"Ira, cepatlah."
"Ok..ok, Ira datang," balas Ira sambil kalut melangkah ke arah Ekin.

Dalam kekalutannya itu Ira telah terlanggar Zaim yang sedang berjalan dihadapannya. Beg galas yang dipegangnya terjatuh ke atas tanah.

"Aduh," Zaim menggosok lengannya. Serasa hendak sahaja dia memarahi oorang yang melanggarnya itu. Hendak cepat pun jadi lambat dibuatnya. Namun sebaik sahaja dia mengangkat mukanya, dia terpana apabila mendapat gadis yang melanggarnya itulah gadis yang dicari-carinya selama ini.

"Maafkan saya. Saya tak sengaja," ujar Ira sambil menundukkan badannya untuk mengutip begnya yang telah terjatuh. Tetapi Zaim lebih pantas bertindak darinya. Zaim menghulurkan kembali beg itu kepada tuannya.

"Terima kasih saudara", ucap Ira.
"Kasihmu diterima Cik Nur Shahira. By the way, nama saya Zaim".
"Er.. macam mana awak tahu nama saya?", terperanjat Ira apabila namanya disebut oleh Zaim.
"Ini, tercicir dari beg awak tadi," jawab Zaim sambil menayang-nayangkan kad matrik Ira dihadapannya. Dia sudah terlupa akan latihan yang diadakan di dewan itu. Apa yang penting baginya kini ialah gadis yang berada di hadapan matanya itu.

Ira cuab mengambil kembali kad matriknya dari tangan Zaim, tapi Zaim terlebih dahulu menggawangkan tanganya ke atas supaya Ira tidak dapat mencapai kad matriknya. Ekin yang berdiri di seberang jalan hanya terkedu memerhatikan gelagat Zaim dan Ira. Muka Ira sudah merah menahan malu apabila menyedari dirinya menjadi perhatian orang-orang yang lalu lalang gara-gara perbuatan Zaim itu. Semakin menebal rasa malunya setelah dia sedar yang Zaim turut berada di PSZ semasa kejadian tempohari.

"Encik Zaim," nada suara Ira seakan menahan geram.
"Ish, apa pula berencik-encik. Panggil Zaim aje, lagi bagus kalau panggil 'ABANG ZAIM'," sengaja Zaim menekankan perkataan abang itu.

"Menggatal le pulak mamat ni, menyampah aku", bisik hati Ira. Ira berpaling ke arah Ekin sambil menghantar pandangan sayu kearahnya mengharapkan agar Ekin membantunya. Ekin memahami maksud pandangan Ira itu, tetapi dia sendiri tidak tahu bagaimana harus dia membantu Ira. Tambahan lagi dia sedar yang Zaim merupakan senior mereka di kolej itu.

Ira menarik nafas dalam-dalam seakan ingin mengumpulkan ketenangan di dalam dirinya. Zaim pula masih enggan menyerahkan kad matrik Ira kembali kepadanya. Dia sengaja melengah-lengahkan masa supaya dapat bersama dengan Ira lebih lama lagi. Ira pula tidak suka dipermainkan sebegitu. Hendak melawan tidak berani pula kerana dia khuatir Zaim akan bertindak lebih jauh lagi dari itu. Zaim yang tersengih-sengih dihadapannya kelihatan seakan seekor semut kecil dan mahu sahaja dia memijak-mijaknya.

"Zaim.. boleh tak pulangkan semula kad matrik saya itu", pinta Ira setelah merasakan dirinya tenang sedikit. Kad matrik itu penting baginya kerana kad matrik merupakan tanda pengenalan pelajar.

"Saya boleh pulangkan. Tapi mestilah ada syaratnya". Zaim masih cuba bermain tarik tali dengan Ira.
"Apa syaratnya?"
"Saya mahukan nombor handphone Shahira"
"Saya tak pakai handphone"
"Oh, iye ke. Habis yang dalam beg tadi tu apa ye kalau bukan handphone?"
"Oh.. tu bukan handphone. Tu botol air". Ira letih melayan kerenah Zaim.
"Botol air.." ayat Zaim tergantung di situ apabila bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang.
"Hoi. Kat sini kau rupanya. Kacau perempuan je kerja. Berapa lama kau nak kitorang tunggu kau ha??" marah Azhar, salah seorang rakan tarian Zaim.

Ira pun mengambil kesempatan itu menyambar kad matriknya dari tangan Zaim dan bergegas mendapatkan Ekin. Tanpa menoleh ke belakang lagi, mereka berdua cepat-cepat beredar dari situ sebelum ditahan oleh Zaim. Zaim ingin mengejar Ira tapi segera dihalang oleh Azhar.

"Wei, nak pergi mana pulak tu?" soal Azhar.
"Kau ni kacau daun la Har" marah Zaim.
"Eh, marah pulak dia. Patutnya aku yang marah kau. Lama aku dengan budak-budak tu tunggu kau kat dewan. Kau pulak sedap-sedap kacau awek kat sini"

Zaim hanya mampu memandang Ira melangkah pergi dengan pandangan hampa. Alahai, melepaslah lagi.


<~~~~~~~~~~~~~~~~~~>


Setelah menjamu selera, Ira dan Ekin terus pulang ke bilik mereka. Niat Ira hendak membeli baju dibatalkan sahaja. Dia khuatir kalau-kalau terserempak lagi dengan Zaim. Marahnya pada Zaim masih bersisa. Tidak kuasa dia hendak melayan kerenah mengada-ngada Zaim itu.

"Hang ni teruk la Ekin. Bukannya nak tolong Ira tadi".
"Ala Ira, Ekin bukan tak nak tolong hang. Ekin pun panik tadi. Tau tak nak buat apa."
"Ira bukannya marahkan Ekin. Ira cuma rasa geram ja dengan mamat gatai tu tadi. Ei, menyampah betui Ira rasa".
"Ira, Ekin rasalahkan, brader tu tadi macam syok kat Ira ja. Kalau tak takkan dia usik-usik hang lagu tu," ujar Ekin sambil tersenyum mengusik Ira.
"Ei, tolonglah. Mintak simpang. Ira tak hingin dengan dia. Menyampah adalah. Kalau hang nak tahu Cik Ekin oi, kawan-kawan dia la yang gelakkan Ira masa Ira jatuh kat PSZ hari tu".
"Ooooo.. itulah abang zapin kiut yang Ia cerita tu? Ha, baguslah tu, kan hang gak yang minat dia. Kiutlah, apalah. La ni dia sendiri yanh ngorat hang. Kan bagus tu", osik Ekin lagi

"Ah, taknaklah Ira. Dah tak kiut lagi dah. Meluat dah Ira tengok dia. Menyampah Ira dengan kelaku dia tadi. Malu Ira tau."
"Eleh, menyampah konon. Buatlah dok menyampah, dok meluat kat orang. Karang kot jadi laki hang baru hang tahu," meletus ketawa Ekin.

"Ekin.....". Ira mencapai bantalnya dan dibaling ke arah Ekin. Mujur Ekin lebih pantas mengelak, dia terus melarikan dirinya keluar dari bilik. Taku-takut kalau ada peluru mortar lain yang terbang ke arahnya.

"Ei... janganlah masin mulut Ekin," gumam Ira sendirian.


<~~~~~~~~~~~~~~~~>

Malam itu merupakan malam penutup bagi Temasya Merbauan. Perkarangan kolej telah pun dibanjiri oleh para siswa dan siswi baik dari warga KTHO sendiri mahupun warga kolej-kolej kediaman pelajar yang berdekatan. Kesemua mereka ingin menonton persembahan yang di persembahkan pada malam itu. Mujurlah pihak kolej menyediakan pentas di kawasan lapang berhampiran bangunan utama kolej. Jika tidak dewan pasti akan padat dipenuhi oleh para siswa dan siswi yang mengambil kesempatan itu untuk berhibur setelah saban hari menelaah pelajaran.

Kini tibalah giliran Zaim dan rakan-rakanya untuk beraksi. Zaim kelihatan begitu segak sekali berpakaian lengkap baju melayu laksana pahlawan melayu dahulukala. Lagu Ya Salam dimainkan, tarian pun dimulakan. Gerak tari zapin yang menggabungkan kelincahan pergerakan kaki dan tangan memukau hati para penonton. Sesekali kedengaran sorak sorai penonton apabila aksi yang ditarikan oleh Zaim dan rakannya agak luar biasa buat mereka. Riuh rendah dan gamat suasana dibuatnya. Malah ada juga penonton yang turut terikut-ikut menyanyikan lagu Ya Salam yang dimainkan.

Ira dan Ekin turut tidak ketinggalan untuk sama-sama menikmati kemeriahan pada malam itu. Apabila Ira terpandangkan Zaim yang segak beraksi di atas pentas, Ira merasakan hatinya bagaikan gendang dipalu. Ira seolah-olah sedang terpesona memerhatikan tarian zapin itu, namun tumpuannya sebenarnya lebih ke arah Zaim. Tanpa disedarinya, Ira turut sama bersorak seperti penonton-penonton yang lain.

"Peewittt... cayalah".
"Ish hang ni Ira. Tak malu betui anak dara dok terjerit-jerit lagu tu", tegur Ekin untuk mengingatkan Ira agar menjaga tingkahlaku. Ira tersengih-sengih sendiri, akur akan kesilapan sendiri.

Bergemuruh kedengaran bunyi tepukan sebaik sahaja para penari menamatkan persembahan tarian zapin mereka. Gegak-gempita sekejap suasana jadinya dengan sorakan para penonton. Zaim bergegas turun dari pentas setelah memberi tunduk hormat kepada penonton. Dia yakin suara yang didengarinya dari atas pentas tadi adalah milik gadis pujaan hatinya itu. Tanpa menyalin pakaiannya terlebih dahulu dia terus mencari Ira di celah-celah penonton yang ramai itu. Nasib menyebelahinya pada kali ini apabila dia berjaya menemukan Ira yang masih setia di tempatnya menonton persembahan seterusnya.

"Hai," sapa Zaim. Sekuntum mawar merah dihulurkannya kepada Ira. Sempat juga dia membeli mawar itu terlebih dahulu sebelum menemui Ira. Ira bagaikan terpukau dengan penampilan Zaim terus sahaja menyambut huluran mawar merah itu. Rasa menyampah dan meluatnya bagaikan luruh kesemuanya apabila melihat Zaim.

"Boleh saya panggil Shahira, Ira saja?" pinta Zaim. Ira sekadar membalas dengan anggukan sahaja. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.

"Saya minta maaf kalau perbuatan saya petang tadi agak keterlaluan, tapi niat saya ikhlas hendak berkenalan dengan Ira. Dari semenjak kejadian di PSZ tempoh hari lagi," ujar Zaim lagi.

Ira masih lagi diam membisu disitu. Dia benar-benar tidak tahu apa yang harus dilafazkannya.

"Aik.. takkan dah bisu lak minah ni, aku ni dah macam orang gila pula bercakap sorang-sorang". Rasa canggung pula Zaim apabila Ira langsung tidak membalas kata-katanya.

"Ira, kalau tak boleh beri nombor handphone Ira tak mengapalah, biar Zaim yang beri nombor Zaim". Zaim mengeluarkan sekeping kad nama dari kocek baju melayunya dan dihulurkan kepada Ira.

"Ira boleh call Zaim bila-bila masa saja. I will always be there for. Zaim pergi dulu ye, Zaim ada dinner dengan jawatankuasa majlis". Zaim menghadiahkan senyuman buat Ira dan terus berlalu pergi.

Setelah pemergian Zaim barulah Ira terasa kesal kerana membiarkan Zaim pergi begitu sahaja. Ingin ditahannya Zaim, Ekin pula sedang menghampiri.

"Wah, cantik bunga. Mana dapat", soal Ekin.
"Jatuh dari langit tadi," selamba jawapan Ira sambil tersengih-sengih. Biarlah apa yang berlaku hanya dia dan Zaim yang tahu. Dia tidak ingin ditertawakan oleh Ekin kerana terang-terang Zaim dikutuknya petang tadi. Ekin pula menggaru kepala yang tiak gatal mendengar jawapan Ira.

<~~~~~~~~~~~~~~~~~~>


Malam itu Ira bersendirian keluar ke Taman U kerana hendak mem'binding' tugasan yang perlu dihantar esok. Ekin tidak dapat pergi bersamanya kerana menghadiri kuliah. Malang baginya kerana kedai fotostat dan binding yang terdapat di dalam kawasan universiti telah tutup. Oleh kerana tiada pilihan lain Ira terpaksa juga keluar bersendirian.

Setelah keluar dari kedai binding, Ira berjalan kaki ke arah perhentian bas. Jam menunjukkan sudah pukul 10 malam bererti perkhidmatan bas UTM yang disediakan telah tamat. Tiada pilihan lain terpaksa Ira mengambil teksi. Ketika cuba menahan teksi yang lalu berhampiran, sebuah motor laju sahaja menghampiri Ira dan terus meragut beg sandang di tangannya. Ira menjerit kecil dan terjatuh di atas jalan. Peragut itu terus memecut laju motornya membelah kegelapan malam.

Ira menjerit-jerit meminta tolong. Tetapi tiada seorang pun disitu yang sudi menghulurkan bantuan. Masing-masing hanya memandang kosong kearahnya. Ira panik. Beg duitnya, semua pengenalan diri, handphonenya dan juga tugasannya berada di dalam beg itu. Dia terasa seperti ingin menangis sahaja. Dia meraba-raba saku seluarnya mengharapkan ada sesuatu disitu. Hatinya sedikit lega apabila dia berjaya menemukan sejumlah duit syiling. Dia bergegas ke pondok telefon berhampiran. Niat di hati ingin menelefon Ekin untuk meminta bantuan, tapi sekali lagi hatinya menjadi walang, dia tidak mengingati nombor telefon bimbit Ekin.

Sekali lagi dia menyeluk saku seluarnya dan kali ini dia menemukan sekeping kad disitu. Itulah kad nama yang diberikan Zaim kepadanya tempoh hari. Oleh kerana tiada pilihan lain dia pun menelefon Zaim. Gagang diangkat, nombor didail, Ira menanti dengan penuh keresahan.

Truttt.. trutt..

Zaim yang baru selesai bersolat terus mengambil telefon bimbitnya yang berdering. Dilihat sekilas nombor yang terpapar.

"Siapa pula yang telefon aku malam-malam ni", gumam Zaim sendiri.

"Hello"
"Hello Zaim, Ira ni", lega rasa hati Ira apabila Zaim menjawab panggilannya.
"Ira?? Kenapa ni, suara Ira macam orang menangis. Ira ok ke??", risau Zaim mendengar sayu suara Ira.
"Zaim, tolong Ira. Ira.. Ira... Ira kena ragut. Habis semua barang Ira hilang, Ira.. Ira tak tahu nak buat apa. Tolong Ira, Zaim... tolonglah", berguguran air mata Ira, dia menangis semahunya.
"Ya Allah. Ira... Ira kat mana skang?"
"Ira dekat Taman U, dekat depan McD"
"Ok, Ira jangan nangis sayang. Ira tunggu dekat situ sampai Zaim datang. Ira tunggu tau"
"Ok", balas Ira pendek.

<~~~~~~~~~~~~~~~~>


Ketika Zaim sampai, Ira sedang duduk bersendirian di kaki lima jalan. Hiba hati Zaim melihat keadaan Ira.

"Ira..." panggil Zaim.

Ira mengangkat mukanya. Lega bercampur terharu hatinya apabila melihat kedatangan Zaim. Tidak disangkanya Zaim sudi menghulurkan bantuan tatkala dia ditimpa kesusahan.

"Zaim", tangis Ira.
"Dah.. dah. Jangan menangis, kan Zaim dah datang ni. Ira dah buat report polis?"

Ira menggelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu, jom kita pergi buat report polis, lepas tu baru Zaim hantar Ira balik asrama". Zaim menghulurkan helmet ke arah Ira. Ira menurut sahaja kata-kata Zaim. Dia sendiri sudah tidak mampu berfikir lagi.

<~~~~~~~~~~~~~~>

Semenjak peristiwa itu, hubungan di antara Ira dan Zaim semakin rapat. Zaim bukan sahaja membantu Ira membuat laporan polis dan menghantarnya pulang. Malah Zaim turut meminjamkan wang kepada Ira dan membantunya dalam menguruskan soal kad pengenalan, kad ATM dan juga kad matriknya.

Di mana ada Ira, pasti ada Zaim. Semakin hari semakin menebal kasih di antara mereka. Mereka umpama merpati dua sejoli bebas berterbangan di angkasa, menyulam asmara.

Cerita Cinta Kita pada asalnya merupakan siri cerita bersambung di forum Jomlayan.com. Cerita ini adalah disambung-sambung oleh para forumer mengikut citarasa masing-masing. Oleh kerana terlalu ramai pengarang bagi satu cerita yang sama, jadi faham-faham sajalah, pasti ada bahagian-bahagian yang agak memeningkan. Jadi menggunkan plot/tema cerita yang sama, diolah dan ditulis semula supaya menjadi sebuah cerita yang lebih teratur. Tema/plot cerita masih tidaj berubah dari cerita asal, cuma jalan cerita sahaja yang akan ada sedikit perbezaan. Komen anda terhadap cerita ini amat dialu-alukan.

Aku pun bukanlah penulis yang baik. Hanya sekadar suka-suka. Bagi yang ingin membaca versi asal Cerita Cinta Kita bolehlah melayari laman web Jomlayan.com



Tahun 2000, UTM..

Ira tergesa-gesa keluar dari Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Jam di tangan dikerling sepintas lalu. Kelasnya akan bermula dalam masa 10 minit sahaja lagi. Dia perlu beredar segera dari situ sekiranya ingin tiba ke kelas tepat pada masanya. Lewat ke kelas bererti dia akan dikunci diluar dewan kuliah oleh pensyarahnya, En. Azmi.

Entah bagaimana, dalam kekalutannya itu, Ira telah tersadung kakinya sendiri ketika melangkah di tangga kaki lima PSZ membuatkannya hilang keseimbangan badan dan terus jatuh terduduk di situ. Serentak itu juga kedengaran hilai tawa para siswa yang sedari tadi memerhatikan gerak geri Ira. Merah padam muka Ira menahan malu. Sudahlah sakit akibat terjatuh, ditambah pula dengan sakit hati bercampur malu akibat diketawakan. Menyumpah-nyumpah Ira di dalam hatinya. Marah sungguh dia diketawakan sebegitu. Cuma tidak terzahir sahaja perasaan marahnya itu.

"Itulah cik adik, lain kali berjalan tu hati-hatilah sikit. Ini tak, menonong je, Sampaikan abang-abang hensem kat sebelah ni pun tak perasaan" ujar salah seorang dari siswa itu sambil terus-terusan mentertawakan Ira.
"Kau ni Joe, tak baik a gelakkan orang. Sian dia.. sakit tuuu"
"Eleh... kata kat aku, kau pun sama je gelakkan dia"
"Cik adik.. sakit tak jatuh? Kalau sakit marilah sini, abang boleh urutkan"

Ira lantas berpaling dan menghadiahkan jelingan maut buat para siswa itu. Mukanya masam mencuka tanda dia tidak suka diperlakukan sebegitu.

"Ish.... masamnya oren ni. Apek a, oren manis tadak ka? Apa ini, masam-masam saja"
"Aiya.. oren manis sudah abis lo. Kalo lu mau, itu nangka busuk jatuh terkelendat ada wo"

Serentak itu berderai lagi deraian ketawa mereka. Nampaknya mereka masih tidak puas-puas lagi hendak mengusik Ira. Ira lantas melangkah pergi dengan hati yang sebal. Berlama-lamaan di situ hanya menambahkan kepedihan di hati. Langkahnya semakin laju meninggalkan PSZ. Dia ingin segera sampai di bilik kediamannya. Hasrat hendak ke kelas dibatalkan sahaja kerana dia sudah pun terlambat. Sudah pasti pintu dewan kuliah telah pun dikunci. Kalau dia ingin masuk juga, pasti perlu mendengar leteran En. Azmi terlebih dahulu. Cukup-cukuplah malu yang ditanggungnya pada hari itu.

<~~~~~~~~~~~>
Sedari tadi Zaim hanya memerhatikan sahaja tingkahlaku kawan-kawannya mentertawakan gadis malang itu. Perasaan simpati menjalar dihatinya. Namun dia bagaikan terpaku kaku di situ tatkala matanya menyapa sebening wajah si gadis. Seolah-olah bagaikan ada suatu daya tarikan pada gadis itu sehingga dia tidak berpaling langsung dari terus-terusan menatap wajah itu. Wajah yang memerah itu kelihatan terlalu ayu pada pandangan matanya.

Hanya setelah gadis itu berlalu pergi barulah Zaim tersedar dari lamunannya. Kesal pula rasa hatinya kerana tidak menghalang kawan-kawannya dari terus-terusan mentertawakan gadis malang itu. Tanpa berlengah lagi Zaim pun terus bangun menyambar beg sandangnya dan bergegas untuk mendapatkan gadis itu. Tidak ingin rasanya membiarkan gadis itu hilang dari pandangan matanya.

"Wei.. wei wei, nak kemana pula tu? Tadi beria-ia ajak buat study group" tingkah Joe, salah seorang rakan Zaim.
"Er, aku nak ke cafe"
"Aik.. baru tadi melantak 2 bungkus nasi lemak kat cafe, nak pergi cafe lagi"
"er..er" Zaim mula menggaru kepala yang tak gatal. Dalam hatinya, "banyak tanya lak mamat ni, terlepas le pulak pompuan tu kang"
"er..er.. er apanya?"
"Buku aku, ha.. buku aku tertinggal kat cafe. Sebelum kena kebas, baik aku pegi amik cepat." tingkah Zaim dan terus berlalu dari situ. Dia tidak mahu terlepaskan gadis itu semata-mata hendak melayan kerenah Joe.

"Hello brader, wei!!! Cafe belah sana da"

Zaim sudah tidak mendengar lagi laungan itu. Dalam fikirannya cuma ingin mengejar gadis itu sahaja kini. Langkahnya semakin dipercepatkan supaya tidak kehilangan jejak gadis malang itu. Hatinya tertanya-tanya sendiri. Siapakah gerangan si gadis itu. Sekurang-kurangnya dapat tahu namanya saja pun sudah memadai bagi Zaim buat masa kini.

"Ish, mana pula hilangnya minah ni. Laju betul dia jalan."

Zaim tertoleh-toleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat gadis itu. Namun hatinya hampa apabila yang dicari-cari tidak ditemui. Kepenatan mengejar jelas terasa. Di dalam hati, Zaim berdoa agar dapat bertemu lagi dengan gadis itu. Gadis yang telah mencuit perasaannya itu.

<~~~~~~~~~>


"Wah, kuatnya bau minyak angin. Eh, hang pasai pa Ira? Hang tak sihat ka? Kelas pun hang tak pi" ujar Ekin yang terhidu bau minyak panas sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu. Ekin merupakan rakan sebilik dan sekuliah Ira. Sama-sama berasal dari utara semenanjung membuatkan persahabatan di antara mereka akrab sekali.

"Aku jatuh la tadi Ekin. Habis sengal-sengal montot aku", balas Ira meraih simpati rakannya.
"Ha?? La.. bila?? Kat mana?? Cedera tak?? Hang nak pi klinik tak??"
"Ish hang ni Ekin, satu-satula tanya. Bertalu-talu soalan dah macam mesingun"
"Takdakla, aku risaukan hang tu. Ha, cepat cerita apa jadi"
"Aku jatuh kat PSZ tadi. Malu betui aku dibuatnya. Dah la tu, budak-budak jantan kat situ boleh bantai gelakkan aku. Sakit ati aku dibuatnya, dahla sakit kat montot ni ha."
"Alahainya, kesiannya kat kawan aku ni. Tapikan Ira, macam mana la hang boleh jatuh pulak?"
"Masa aku nak turun tangga tu, kaki kiri aku tersadung kaki kanan aku, takle nak imbang badan, terus gedebuk le jawabnya"
"Hahaha.. hang ni macam-macam la Ira. Tulah, hang tu cuai sangat. Banyak kali dah aku pesan kat hang, hati-hati bila melangkah."
"Ala hang ni, gelakkan aku pulak. Bukannya nak tolong urutkan aku" rajuk Ira.
"Ala la la, siannya dia. Meh la aku tolong sapukan minyak."
"He he he"
"Suka. Hang kenai dak sapa dia yang dok gelak kat hang tu?"
"Aku tak tau la Ekin, tp yang sorang tu macam budak kolej ni juga. Ala, yang masa kita orientasi dulu, dia ada buat persembahan zapin tu. Tapi tadi dia sorang je tak gelakkan aku."
"Lain kali hang hati-hati la Ira oi. Jalan tu jangan dok menonong aja"
"Ok mama" usik Ira
"Isk budak ni"
"Ekin..."
"Hmmm??"
"Brader yang menari zapin tu kiut gak ek.. hihi"
"Ha..ha.. mulalah tu. Gatal"

<~~~~~~~~~~>


Zaim termenung sendirian di tepi tingkap. Matanya terkebil-kebil tidak mahu lena. Masih terbayang-bayang lagi di mindanya akan seraut wajah itu. Hatinya betul-betul sudah terpikat pada si gadis misteri itu. Bayangan wajah itulah yang menggangu lena tidurnya. Di dalam hati, Zaim berazam akan terus menjejaki gadis itu.

"Hoi" sergah Joe. Joe merupakan rakan sebilik Zaim. Dialah salah seorang dari rakan Zaim yang galak mentertawakan gadis malang itu.

"Kau ni Joe, buat terkejut aku je" marah Zaim kerana lamunannya terganggu.
"Lu tu yang melamun sampai tak ingat dunia. Lu pehal beb, termenung macam orang mati bini je"
"Hek eleh, macam pernah ada pengalaman mati bini je"
"Wahahaha. Pesal beb, duit dah takde ke?"
"Takdelah, saje je amik angin malam."
"Macamlah wa baru kenal lu beb. Jangan-jangan lu ingatkan minah siang tadi tak??"
"Uh.. mana kau tahu?"
"Hahaha, lu jangan ingat wa tak tahu, petang tadi pun lu tergesa-gesa blah macam tu je pun sebab nak kejar awek tu kan."
"Kau ni Joe.. tahu aje apa ada dalam kepala hotak aku ni"
"Biasala beb, ini Joelah. So kira lu ni dah jatuh hati la dengan minah tadi tu?"
"Nak kata jatuh hati tu takdelah, tapi macam syok tu adalah jugak" tersipu-sipu Zaim setelah Joe dapat meneka isi hatinya.

"Lu kejar awek tu tadi, dapat ke?"
"Tak dapat la. Laju gila dia jalan. Kau agak-agak dia duduk kolej mana ye Joe?"
"Lembab la lu ni. Tu la, kalau berjalan tu, selisih ngn awek je terus pandang bawah. Minah tu kan ke budak kolej ni jugak. Budak freshies."
"Ha?? Ko tak tipu aku Joe?"
"La.. pehal lak wa nak tipu lu?"
"Yes.. yes" Zaim melonjak girang, kalau sudah sekolej, pasti memudahkan lagi pencariannya nanti. Joe hanya menggeleng kepala melihat tingkah laku Zaim.




Airmata Ira mengalir membasahi pipi. Kad di tangan ditatapi berulang kali. Hatinya terasa pedih bagai ditusuk sembilu. Antara kebahagian diri sendiri dan kebahagian sang pujaan hati, Ira rela melakukan pengorbanan itu. Walau hatinya sendiri bagaikan dirobek-robek. Namun, demi cinta mereka, dia rela.


<~~~~~~~~~>


Bisikan Ira..


Sayang, maafkan aku kerana melukakan hatimu dan memungkiri janji-janji kita untuk berdua selamanya. Aku terpaksa melakukannya untuk kebaikkanmu sayang. Demi kasih dan cintaku padamu. Aku tahu aku tidak layak buatmu sayang, kerana aku bukan lagi Ira yang kau kenali dulu. Aku kini lumpuh sayang.. lumpuh. Aku tidak ingin menjadi beban buatmu. Aku juga tidak ingin andai engkau dikatakan anak derhaka oleh ibumu lantaran aku bukanlah menantu pilihan ibumu.


Sayang, aku doakan agar dikau berbahagia selamanya. Demi cinta kita, aku relakan kasihmu pergi dari hidupku. Cuma satu pintaku, janganlah engkau membenci diri ini. Sesungguhnya aku aku amat mencintai dirimu. Namun apakan dayaku, aku tidak mampu untuk menggapai mimpi-mimpi indah kita bersama.


Selamat tinggal sayang. Nampaknya, sampai disini sajalah 'Cerita Cinta Kita'.



<~~~~~~~~~>



Bisikan Zaim...


Sayang, suasana di sini sungguh meriah sekali. Alunan kompang bertalu-bertalu, bunga manggar berwarna warni melambai-lambai, hidangan lauk beraneka jenis. Khemah-khemah juga dipenuhi para jemputan. Riuh rendah sekali dengan gurau senda dan hilai tawa sanak saudara.


Di sudut sana pula, pentas pelamin tersergam indah. Bagaikan singgahsana sang raja saja lagaknya dengan kilauan keemasan dan bunga-bungaan yg menghiasi indah. Persis seperti apa yang aku bayangkan buat hari bahagia kita berdua. Namun sayang, engkau bukanlah pengantinku.


Beginikah berakhirnya 'Cerita Cinta Kita'?

Ini cerita kita...
Cerita tentang kau dan aku..
Cerita tentang hati dan perasaan..
Inilah 'Cerita Cinta Kita'..


Hakcipta Terpelihara

Semua karya di dalam blog ini adalah hak cipta terpelihara. Penggunaan mana-mana karya di sini adalah dilarang kecuali oleh penulis.

About Me

My photo
orang biasa-biasa aje.... :D

Pembaca Setia

Traffic Light

Powered By Blogger